Isnin, 27 Februari 2012

Sebelum aku pergi jauh..

 Dear my beloved readers,Assalamualaikum. Lama rasa tak update entry kat sini.Hehe..Hampir setahun kot.Well,biasa lah..banyak perkara yang terjadi kan? Aku pun busy dengan perihal masa depan. Apa aku boleh katakan.. Manusia bukan boleh berubah.Tapi manusia perlu berubah demi masa depan yang lebih cerah.

 Mungkin segelintir manusia terfikir,kenapa aku diam seribu bahasa.. bersalah? haha,konfem lah kalau aku buat salah aku diam. Marah? ya..itu pun aku diam.well mungkin selepas beberapa jam.. hari.. hurmm. Pesan kawan, daripada terus marah,lebih baik sabar. Buat apa mahu gelabah sangat kan? Tak matang namanya..

 Perihal jodoh? haha,lawak bila di fikirkan balik.. Jodoh itu insyaAllah,ada.Tak perlu gelabah.. cuma masa depan,tak dak sapa yang tahu. Tiba-tiba aku dengan neelofa,sapa tahu? tiba-tiba aku dengan anak jiran aku,sapa tahu? Tiba-tiba aku dengan kawan-kawan aku yang sekarang ini,sapa tahu? Bukan malas memikirkan tentang yang sedia "ada". Patah hati ape kan lagi~ ade peganti? ouh..Langsung tidak. Cume aku senyap seberapa ketika ni, sebab "manusia" mmg perlukan masa untuk susun balik apa yang berterabur dalam hati,tambah apa yang kurang.. supaya selepas ini,lebih MATANG.

 Yang penting persiapkan diri. Wang? Wang boleh dicari kat dunia ni. Cuma perlukan masa. Lawak bila fikir aku gelabah bila timbul peristiwa "hitam" itu. haha.. gelabah mcm mr.bean. Tak matang sangat kot.kena pulak time-time sdg "kritikal" disini. Lupa hal yang lebih penting.. Diri sendiri pun belum cukup matang nak jd laki orang,sibuk gatal nak berbini awal? Solat awal waktu pun tak pass... Pakaian seluar pun kadang-kadang ketat,kadang-kadang londeh, nak khatam Al-quran 2kali setahun pun belum tentu lepas, cakap dengan orang tua pun tergagap-gagap, masa depan sendiri pun belum tentu.Mampukah?

 Mampu!  kalau aku hidup dengan dunia aku sendiri. heh~

 Apa guna peristiwa kalau tak ambil pengajaran,tak gitu? Tak apalah..aku biarkan saja blog karat ni.Last entry kot.. Manelah tahu,umur panjang,aku bukak balik time tua.. cerita pedoman buat anak-anak.
 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul juga yg ni katakan tue..sy pun kdg2 mcm memaksa psngan sy utk masuk meming..hehehe..mau tension kan..lebih baik bersendirian:)

Tanpa Nama berkata...

jodoh tu ada hampir je dgn kita, cuma kita je xperasan..hrrrmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...