Isnin, 25 April 2011

kahak jahat

aku jahat,
tapi ada yang kata baik,
aku cakap,aku jahatlah!
tapi mereka masih berkata,
aku baik,
bodoh!
tak faham aku,
kenapa ya?
jahat sangat kah aku?
hinggakan tindak tanduk ku
tak dapat dikecam.
jahat sangatkah aku?
hinggakan aku sendiri keliru.
keliru....
aku jahat ke?
rasa macam BIASA je.
mungkin...
aku terlalu lama dalam kejahatan,
karam karat keras dalam lautan,
aku yakin aku lemas,
tapi aneh aku bernafas,
aku bernafas lagi...
dan lagi..
aku sempat ke permukaan,
kadang-kadang,
aku dongak ke langit,
tengok awan kelabu,
kusam..
seakan memberitahu,
hujan, ribut taufan akan berlaku..
tak lama lagi.
yang pasti semua akan basah,
termasuk aku..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...